KOTA KINABALU, 10 Feb – Ceramah Agama…. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyertai kira-kira 2,000 umat Islam mendengar ceramah perdana sempena sambutan Hari Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Masjid Negeri Sabah, Sembulan, di sini, malam ini.

Ceramah bertajuk Kesukarelawanan Pencetus Kebangkitan Ummah itu disampaikan Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri sebelum itu turut menunaikan solat Isyak berjemaah. – WD MY