TOKYO, 6 Ogos – Ceroboh…….Sebanyak 230 kapal nelayan China dan enam kapal pengawal pantai, termasuk tiga yang membawa senjata, belayar memasuki perairan berhampiran kepulauan Laut China Timur yang menjadi rebutan, menurut Kementerian Luar Jepun.

Kedua-dua negara terbabit dalam pertikaian sekian lama berhubung kepulauan tidak berpenghuni di Laut China Timur dikenali sebagai Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China.

Bagaimanapun, adalah jarang untuk melihat banyak kapal nelayan China di kawasan itu.

Selepas mengesan kehadiran kapal pengawal pantai di perairan itu pada jam 8.05 pagi waktu tempatan, Biro Hal Ehwal Asia Kementerian Luar Jepun mengemukakan bantahan keras kepada Kedutaan China di Tokyo.

Ia juga menuntut kapal itu meninggalkan perairan dengan segera dan tidak memasuki perairan Jepun.

“Jepun tidak dapat menerima aktiviti oleh kapal China berhampiran pulau Senkaku, kerana ia semakin menegangkan keadaan dan meningkatkan ketegangan di kawasan itu,” kata kenyataan.

Bantahan dibuat sehari selepas Timbalan Menteri Luar Jepun, Shinsuke Sugiyama, memanggil Duta China ke Jepun, Cheng Yonghua, untuk membantah pencerobohan perairannya oleh kapal pengawal pantai dan kapal nelayan China petang Jumaat. – WD MY

LEAVE A REPLY