BEIJING, 20 Jun – Dakwa Tembak Nelayan…..Kementerian Luar Negara China, hari ini, mendakwa tentera laut Indonesia melepaskan tembakan ke arah bot nelayan mereka dan mencederakan seorang serta tujuh lagi anak kapal yang ditahan.

Menurut kenyataan menerusi laman web kementerian itu, tentera laut Indonesia memintas dan menahan bot itu atas dakwaan menangkap ikan di perairan Indonesia secara haram.

Kejadian itu berlaku di luar kepulauan Natuna, semalam, yang terletak jauh dari barat laut pantai Borneo di Laut China Selatan.

Perairan itu dituntut oleh China dan Indonesia.

Kementerian berkata, bot terbabit menjalankan operasi penangkapan di kawasan menangkap ikan tradisional apabila tentera laut Indonesia melepaskan tembakan. – WD MY

LEAVE A REPLY