China Pasang Peralatan Pertahanan Di Laut China Selatan

0
108

CANBERRA, 25 Mac – Kegunaan Awam……. Negara China tidak cuba memperkukuhkan aspek ketenteraan di Laut China Selatan, kata Perdana Menteri republik itu di Australia semalam.

Sebaliknya, Li Keqiang berkata, peralatan pertahanan yang dipasang Beijing di pulau buatan manusia di laut itu adalah untuk kegunaan awam semata-mata.

“Walaupun ada beberapa kemudahan atau peralatan pertahanan, ia perlu untuk memastikan kestabilan perairan itu,” katanya.

“Tanpa kestabilan di Laut China Selatan, pihak China akan menjadi antara yang pertama menanggung beban itu,” katanya dalam sidang media.

Katanya, China tidak pernah berniat untuk membina kemudahan ketenteraan di Laut China Selatan. Sebaliknya, pembinaan lapangan terbang kecil dan beberapa peralatan ketenteraan adalah untuk manfaat umum.

Li berkata, pesawat dan kapal yang melalui laut itu adalah dari negara rakan dagang China.

“Jadi, bayangkanlah sejauh mana kepentingan China yang menjadi taruhan di sini,” katanya. – WD MY