KUALA LUMPUR, 29 Jun – Datuk Lee Chong Wei hari ini menjuarai
Terbuka Kanada 2015 di Calgary.

Beliau yang baru menjuarai Terbuka Amerika Syarikat mengalahkan
Angus Ng Ka Long dari Hong Kong 21-17 dan 21-13 dalam masa 35 minit.

Kemenangan ini sebagai pembakar semangat buat pemain berusia 32 tahun ini
yang berazam untuk muncul buat kali ketiga kejohanan peringkat olimpik pada
Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil nanti.

Chong Wei kini menduduki ranking ke-99 dunia selepas tidak menyertai
beberapa kejohanan antarabangsa akibat digantung selama lapan bulan oleh
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung kes doping.

Setelah tamat menjalani hukuman, beliau membantu pasukan Malaysia memperoleh
pingat gangsa pada Sukan SEA di Singapura.-Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY