DUBAI, 12 Jun – Arab Saudi Tidak Salah……. Menurut Pengarah Agensi Penyiasatan Pusat (CIA), John Brennan, 28 dokumen sulit laporan Kongres Amerika Syarikat mengenai serangan 11 September 2001 akan disiarkan, sekali gus membebaskan Arab Saudi daripada sebarang tanggungjawab.

“Saya rasa 28 muka surat akan disiarkan dan saya menyokong penyiaran itu dan sesiapa saja akan melihat bukti kerajaan Arab Saudi tiada kena mengena dengannya,” kata Brennan dalam temubual dengan saluran televisyen Arabiya milik Arab Saudi.

Ulasannya diterjemah ke dalam bahasa Arab.

Seksyen yang dirahsiakan dalam laporan 2002 adalah tumpuan perbalahan berhubung sama ada Amerika perlu menyaman Arab Saudi, sekutu utama Washington, untuk menuntut ganti rugi.

Senat Amerika pada 17 Mei lalu meluluskan rang undang-undang yang membolehkan anggota keluarga mangsa 11 September berbuat demikian, menjurus kepada kemungkinan perbalahan dengan Rumah Putih yang mengancam menggunakan kuasa veto.

Arab Saudi menafikan memberikan sebarang bantuan kepada 19 perampas pesawat, kebanyakan mereka adalah warga negara itu, yang membunuh hampir 3,000 orang dalam serangan 11 September itu. Riyadh membantah keras rang undang-undang berkenaan.

Brennan menyifatkan seksyen 28 muka surat itu sebagai penilaian awal.

“Ia didapati kemudian, menurut keputusan laporan, bahawa tiada kaitan antara kerajaan Arab Saudi sebagai negara atau institusi atau pegawai kanan negara itu dengan serangan 11 September,” katanya – WD MY

LEAVE A REPLY