NEW YORK, 24 Jun – Coty Inc. (NYSE: COTY) hari ini mengumumkan bahawa
Bart Becht akan kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sementara Coty. Encik
Becht juga akan meneruskan peranannya sebagai Pengerusi Coty. Sehubungan dengan
perubahan ini, Elio Leoni Sceti, yang telah dirancang untuk mengambil alih
peranan Ketua Pegawai Eksekutif pada Julai ini, telah membuat pertimbangan
semula dan memutuskan untuk tidak menyertai Coty.

Peter Harf, Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Imbuhan dan Jawatankuasa
Pencalonan Coty berkata, “Selepas perbincangan lanjut, Lembaga Pengarah Coty
memutuskan bahawa kesinambungan di dalam kepimpinan adalah penting bagi
memastikan kejayaan berterusan dalam pelaksanaan strategi Coty. Kami sudah tentu
memahami keputusan Elio untuk tidak menyertai Coty seperti yang dirancang, dan
mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sikap profesionalisme beliau di
sepanjang proses ini dan kami mengharapkan yang terbaik dalam usaha beliau pada
masa hadapan.”

Coty adalah sebuah syarikat kecantikan terkemuka di dunia dengan pendapatan
bersih sebanyak $4.6 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun, 2014.
Diasaskan di Paris pada tahun 1904, Coty adalah sebuah syarikat kecantikan yang
khusus dengan satu portfolio wangian terkenal, kosmetik warna dan produk kulit &
penjagaan badan yang dijual di lebih 130 buah negara dan wilayah. Penawaran
produk Coty termasuk jenama utama seperti adidas, Calvin Klein, ChloƩ, DAVIDOFF,
Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel dan Sally Hansen.-Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY