KUALA LUMPUR, 21 Mac – China Railway Group Limited (CREC) akan melabur AS $2 bilion bagi membangunkan Pusat serantau di Bandar Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, pembukaan pejabat serantau itu akan menjana ekonomi Malaysia kerana ia dilihat satu pengiktirafan daripada syarikat global terhadap keyakinan ekonomi Malaysia.

Di bawah perancangan Bandar Malaysia juga akan dibangunkan rel keretapi laju yang akan dihubungkan ke Singapura.

Bandar Malaysia dibangunkan menerusi kerjasama antara CREC dan Iskandar Waterfront Holdings (IWH) yang memegang 60 peratus kepentingan ekuiti manakala 40 peratus dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

Majlis pemeteraian pembangunan pejabat serantau di Bandar Malaysia itu disaksikan oleh Perdana Menteri.

Turut hadir Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY