Cubaan calon PKR Pekan, Zahid Mat Arip (ZMA) di dalam ceramah pertamanya untuk memfitnah kerajaan dengan isu menganiaya peneroka dengan hutang, gagal apabila beliau tidak melaporkan fakta-fakta berimbang di dalam tuduhannya.

Malah, tuduhan beliau kononnya kerajaan gagal menjaga kebajikan peneroka Felda ternyata tidak benar sama sekali.

Berikut senarai peruntukan yang disalurkan kerajaan bagi membantu peneroka Felda sejak Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memimpin kerajaan:

  1. Dalam Bajet 2009, kerajaan menyalurkan RM800 juta untuk Program Keceriaan Kampung. Ini termasuk Perumahan Generasi Baharu dan Skim Tuisyen Felda.
  2. Dalam Bajet 2011, Najib meluluskan RM101 juta sebagai Bonus Insentif Produktiviti.
  3. Dalam Bajet 2012, bonus RM102.12 juta diberikan kepada 94,839 peneroka Felda. Manakala RM15 ribu diberikan kepada setiap peneroka serta staf Felda.
  4. Dalam Bajet 2013, kerajaan melaksanakan Projek Perumahan Generasi Baharu Felda.
  5. Dalam Bajet 2016, peneroka menerima skim Produktiviti berjumlah RM66.7 juta.

Malah, pada 23 Julai 2017, sempena Hari Peneroka, kerajaan memberikan RM5 ribu seorang kepada 94,956 peneroka.

Jumlah keseluruhan insentif ini ialah sebanyak RM475 juta.

Bagi 1,626 peneroka yang telah selesai membayar hutang Felda, kerajaan memberikan insentif khas RM1,820 seorang.

Malah, sebagai tanda ehsan, kerajaan melupuskan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka.

Jumlah pelupusan ini mencecah RM519 juta. Selain dilupus hutang, peneroka turut menerima Geran Khas RM7,500 per hektar sehingga 2020.

Adakah ZMA benar-benar berfikir auta retorik beliau boleh menidakkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk warga FELDA?-MY WD