Cuti Umum Pada 4 September Ini Kata PM Najib

0
154

 

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – UMUM… Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 4 September sebagai cuti umum sempena kejayaan kontinjen negara muncul juara keseluruhan Sukan SEA 2017 yang menutup tirai pada malam tadi.

Malaysia diangkat sebagai juara keseluruhan selepas mengutip 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa, sekali gus mengetepikan juara bertahan Thailand di kedudukan kedua.

“Saya bukan senang nak bagi cuti sebab Malaysia sudah terlalu banyak mendapat cuti umum.

“Tetapi kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian atlet kita yang cemerlang, maka dengan ini saya bagi pihak kerajaan mengumumkan cuti umum pada hari Isnin ini,” kata Perdana Menteri pada majlis penutup KL2017 dan Ambang Kemerdekaan Ke-60 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada semua atlet negara serta semua pihak yang memastikan kejayaan penganjuran Sukan SEA ke-29 ini. – WD MY