KUALA LUMPUR, MAC 14 – DADA…Penyanyi, Elly Mazlein, menolak dakwaan kononnya beliau melakukan pembedahan untuk membesarkan payudaranya.

Elly tergelak besar mendengar pertanyaan itu, Elly, 38, berkata beliau tidak pernah melakukan prosedur terbabit demi kecantikan diri.

“Dada saya adalah asli dan ia berkeadaan begitu kerana anak saya, Putri Sarah Sefhia, masih lagi menyusu badan.

“Lagipun, tiada sebab untuk saya membuat sebarang perubahan.

“Kalau ada yang masih sangsi dan terus membuat tuduhan bukan-bukan, saya tak kisah. Terpulanglah pada mereka,” kata Elly ketika ditemui pada majlis sidang media semalam.

Diusik dengan pertanyaan, adakah beliau gusar andai netizen menggelarkan dirinya sebagai simbol seks hanya kerana bentuk fizikalnya itu, Elly bersikap terbuka dalam hal terbabit.

“Lantak apa orang nak kata. Saya malas nak fikir kerana saya sudah melalui banyak kontroversi sebelum ini. Mulut orang bukannya boleh ditutup,” katanya. – MY WD