JOHOR BAHARU, 27 Julai – Tahan Tauke Dadah…..Dua individu yang menyumbat pelbagai
jenis dadah dalam sampul duit raya ditahan di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh suspek pertama
ditahan di Tampoi yang membawa kepada penahanan suspek kedua di Kampung Majidee.

“Daripada suspek kedua, kita turut merampas wang tunai RM18,870 yang
dipercayai hasil jualan dadah.

“Turut dtemukan di rumahnya ialah heroin seberat (3.6 kg), syabu (1.9kg) dan
pil kuda (19,500 biji),” katanya.

Beliau berkata dua buah kereta jenis BMW dan Mercedez Benz turut dirampas.

Sulaiman berkata kedua-dua suspek mengedar dalam sampul duit raya sejak awal
bulan lalu untuk pembeli tempatan dan negara jiran. – WD MY

LEAVE A REPLY