JOHOR BAHRU, 18 Nov – DAKWAAN….. Kes seorang budak yang mendakwa dipukul tanpa sebab oleh polis di Kawasan Perindustrian Tebrau 4, disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata laporan berhubung kejadian jam 1.45 pagi itu sudah dibuat di Balai Polis Dato Onn, Johor Bahru Selatan, dekat sini.

Sehubungan itu, Mohd Khalil berkata, pihaknya menafikan dakwaan bapa budak itu, pihak berkuasa tidak bertindak berhubung kes itu.

“Berikutan kes ini masih dalam siasatan, pihak yang ada maklumat boleh merujuk kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Idris Seth di talian 07-223 2222,” katanya. – WD MY