KUALA LUMPUR, 23 Feb – DAKWAAN…. ¬†Syarikat terulung negara, YTL Corp menyifatkan dakwaan tapak simen di Sentul menjejaskan kawasan sekitar serta mengakibatkan debu sebagai dakwaan tidak berasas.

Syarikat itu mengulas desakan penduduk sekitar yang tidak berpuas hati apabila DBKL hanya mengeluarkan notis perintah berhenti kerja sementara selama 14 hari dan mahu tapak tersebut dipindahkan.

Menurut YTL Corp dalam kenyataan berkata, sepanjang tapak itu beroperasi, pihaknya tidak pernah melanggar mana-mana peruntukan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Pengeluaran udara daripada kilang dipantau empat kali setahun dan keputusannya dihantar kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS). Pantauan terakhir pada 7 Disember 2018 jelas menunjukkan ia mematuhi piawaian oleh (JAS).

“Malah kajian menunjukkan tahap pencemaran yang disebabkan trafik di kawasan sekitar lebih tinggi berbanding (tahap pencemaran) dari tapak simen itu,” kata.

Laporan media pada beberapa hari lepas mendakwa bahawa DBKL tidak mengendahkan saranan penduduk agar tapak itu perlu dipindahkan

Antara sebab mereka membantah operasi tapak itu adalah ia tidak selamat dan menjejaskan lima buah sekolah yang terletak dalam radius kurang 100 meter daripadanya.

Operasi tapak itu, terutama lori yang menggunakan jalan raya sekitar, mengancam keselamatan penduduk terutama pelajar sekolah dakwa penduduk.

Dalam pada itu, syarikat itu berkata pihaknya telah menghantar rayuan untuk membatalkan notis perintah berhenti kerja kepada DBKL.

“Kami sentiasa percaya kepada dialog dan perbincangan, dan menyelesaikan isu secara baik.

“Kami akan meneruskan hubungan baik dengan DBKL dan pihak terlibat dan yakin DBKL tidak akan mudah terpengaruh dengan dakwaan tak berasas, dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk membatalkan notis mereka dengan kadar segera,” kata kenyataan media syarikat itu lagi. – WD MY