DAMSYIK, 5 Sept – Terbunuh….. Sekurang-kurangnya lima terbunuh hari ini dalam dua letupan bom di wilayah Tartus yang dikuasai kerajaan Syria, lapor televisyen negeri.

“Dua pengganas meletupkan bom di atas jambatan Arzuna, ledakan pertama adalah sebuah bom kereta dan yang kedua pengebom bunuh diri yang meletupkan bom tali pinggangnya ketika orang ramai berkumpul untuk menyelamatkan mereka yang tercedera,” katanya.

“Setakat ini mengikut laporan awal lima orang terbunuh.” – WD MY

LEAVE A REPLY