NEW YORK, 3 Okt – Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) bagi
Hal Ehwal Asia Timur/Pasifik, Daniel Russel akan membincang isu-isu
serantau dan dua hala semasa dalam lawatan ke Kuala Lumpur minggu depan.

Beliau berkata semasa Kemuncak Para Pemimpin mengenai Menentang Balas Negara
Islam dan Keganasan Ekstremis di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, negara dari
rantau Asia Timur dan Pasifik telah membaharui komitmen bagi menjalani hubungan
dengan masyarakat sivil, para pemimpin agama seluruh rantau dan projek-projek
yang dilaksana.

Russel yang turut serta dalam perbincangan Setiausaha Negara AS John Kerry
beberapa hari lalu dengan menteri luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman selaku
pengerusi kumpulan ASEAN.

“Salah satu yang diberi pertimbangan serius ialah menempatan pusat mesej di
Malaysia, sebagai contoh. Matlamatnya ialah untuk memberikan suara kepada suara
sederhana yang perlu didengar semasa berdepan dengan ideologi bahaya dan tidak
betul,” katanya.

Ketika diminta menjelaskan mengenai “pusat mesej” beliau menjelaskan tidak
ada keputusan dibuat mengenainya dan menambah bahawa Malaysia merupakan calon
utama untuk menjadi tuan rumah.

“Sudah ada pusat mesej di UAE (Emiriah Arab Bersatu) yang menawarkan, saya
fikir, hab serantau untuk negara yang mempunyai fikiran yang sama – dan
terutamanya para pemimpin masyarakat sivil dan agama – boleh memastikan melalui
media sosial dan tradisional, mesej sederhana dan boleh percaya dapat
disampaikan kepada orang awam secara meluas bagi menentang dan mematahkan mesej
yang disampaikan oleh IS,” jelas beliau.

Russel berkata, beliau melawat Kuala Lumpur bagi menghadiri mesyuarat
pegawai kanan Kemuncak ASEAN dan Asia Timur yang disifatkan sebagai proses
persediaan sebelum kemuncak tahunan para pemimpin.

“Jadi dalam mesyuarat pelbagai hala kita akan membincangkan agenda untuk
mesyuarat Para Pemimpin ASEAN-AS. Kita akan membincangkan agenda untuk mesyuarat
Kemuncak Asia Timur,” jelasnya

Menurut Russel selain isu Rakan Kerjasama Rentas Pasifik (TPP) dan isu-isu
dua hala lain, lawatan tersebut bertujuan menentukan kedudukan AS dalam isu Laut
China Selatan.

Beliau berkata, isu Laut China Selatan perlu melibatkan AS untuk mendapatkan
penyelesaian kolektif dan pertikaian dapat diuruskan dengan baik mengikut
undang-undang antarabangsa dan prinsip diplomatik yang baik.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY