GEORGETOWN, 22 Sept – Adakan PRU Segera….. Pihak DAP Pulau Pinang akan mempertimbangkan semua kemungkinan, termasuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi membantah proses persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata kerajaan negeri belum membincangkan perkara itu secara mendalam, selain akan menyerahkan bantahan kepada SPR terlebih dahulu dalam tempoh terdekat.

“Kerajaan negeri akan ambil kira semua kemungkinan, termasuk mengadakan PRN kerana proses persempadanan semula ini dilihat berat sebelah.

“Namun, kerajaan negeri akan menghantar bantahan sebelum 14 Oktober ini kepada SPR dahulu dan selepas itu kita akan buat keputusan,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), hari ini.

Sebelum ini, DAP mencadangkan kerajaan negeri Selangor mengadakan PRN bagi membantah proses persempadanan semula SPR yang didakwa berat sebelah.

Namun, cadangan itu ditolak Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – WD MY

LEAVE A REPLY