KUALA LUMPUR, FEB 23 – MCA…MCA menyindir Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng apabila  parti pimpinannya itu kerana gagal ‘menunaikan janji’ sebagai sebuah parti yang kononnya bersifat pelbagai kaum seperti diuar-uarkan.

Jurucakap Publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker sebagai reaksi kepada dakwaan Guan Eng kononnya MCA telah mengingkari janji kepada masyarakat Cina kerana tidak bertanding di kawasan diwakili 50 peratus atau lebih pengundi kaum itu.

Lian Ker, memberitahu komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA tidak memilih kawasan pengundi majoriti Cina, Melayu atau sebagainya kerana berpegang kepada konsep kepelbagaian kaum di negara ini.

“Berbeza dengan kepe­mimpinan DAP yang mendakwa sebagai mendukung kepelbagaian kaum tetapi hakikatnya takut untuk bertanding di kawasan yang jumlah pengundi Melayu dan Cina seimbang kerana sedar mereka hanya bermain dengan sentimen politik Cina sahaja.

“Berikutan itu, DAP telah menjual prinsip mereka kepada Pas sebelum ini dan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ini kerana terdesak untuk mendapatkan undi kaum Melayu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, DAP sepatutnya berasa malu kerana gagal mengotakan janji mereka sebagai sebuah parti yang kononnya bersifat pelbagai kaum.

Malah, dalam pemilihan parti itu juga, kata Lian Ker, DAP gagal untuk memilih jawatan kuasa yang menterjemahkan kepada semangat kepelbagaian kaum di negara ini.

“Ketika BN cuba memulihkan hubungan antara kaum dengan membina ‘jambatan’ dan mempromosikan persefahaman, DAP berterusan melaga-lagakan Cina dengan Melayu,” jelas beliau.

Lian Ker turut mendesak DAP menghentikan politik perkauman. Ini kerana ia akan menyebabkan berlakunya perpecahan kaum di negara ini. _ MY WD