DAP Perlu Patuh Arahan RoS Atau Tidak Dapat Bertanding Pada PRU 14...

DAP Perlu Patuh Arahan RoS Atau Tidak Dapat Bertanding Pada PRU 14 – TPM Ahmad Zahid

500
0

KUALA LUMPUR 9 Julai – Tegaskan……. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan DAP perlu mematuhi arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) atau parti itu berdepan dengan kemungkinan calon mereka tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid berkata, arahan ROS supaya DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) juga tidak ada kena mengena dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) atau Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Saya meneliti reaksi DAP mengenai hal ini dan saya dapati mereka cenderung untuk ingkar arahan daripada ROS.

“ROS telah memberikan tempoh yang cukup kepada DAP untuk mengadakan pemilihan semula dan kerajaan tidak ada kena mengena dengan perkara ini,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Gombak di sini hari ini.

Parti DAP semalam bertegas untuk tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu atas alasan parti telah berbuat demikian pada 29 September 2013.

Setiausaha Agungnya yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng berkata, DAP akan mengadakan pertemuan dengan ROS hanya selepas menerima surat rasmi daripada jabatan itu bagi mendapatkan penjelasan berhubung arahan mengenai pemilihan semula CEC itu. – WD MY