KLUANG, 14 Feb – Dalaman….. Parti DAP disaran supaya lebih menjaga hal ehwal dalaman parti berkenaan daripada terus memburukkan parti lain termasuk Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sikap DAP yang gemar memburukkan BN dan UMNO akhirnya memakan diri apabila parti itu mula berpecah belah dengan ahlinya meninggalkan mereka.

“Sebab itu jangan tuduh dan bawa politik yang tidak membina dalam menghantui pemikiran rakyat terhadap BN dan UMNO. DAP asyik hendak tuding jari kepada rumah kita tetapi rumah tangga mereka sendiri pun tidak terjaga dan terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian hak milik FELCRA Sungai Jebong, Mukim Kahang kepada 333 pemohon di Rumah Komuniti Parlimen Sembrong, dekat sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Sembrong mengulas tindakan empat bekas pemimpin DAP Melaka yang mengumumkan keputusan keluar parti, sekali gus mengakibatkan parti berkenaan dilanda krisis. – WD MY