RAUB, MEI 3: DAP..DAP tiada kepentingan untuk menjaga kepentinga Bumiputera seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, rakyat juga tidak boleh mengharap DAP untuk menjaga kepentingan dan martabat universiti yang sudah mengeluarkan ramai graduan Bumiputera yang berjaya dalam pelbagai bidang.

“Nak harap (pemimpin DAP) Nga Kor Ming, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng jaga kepentingan UiTM? Mereka tidak ada agenda sedemikian.

“Rakyat jangan tertipu sekali lagi…begitu juga penduduk Raub. Rakyat perlu fikir pilihan raya umum 9 Mei ini adalah peperangan besar bukan pertempuran kecil.

“Jika Barisan Nasional (BN) menang pada 9 Mei ini dan tubuh kerajaan yang kuat maka kita akan terus pertahankan kepentingan UiTM dan menjadikannya sebagai pemangkin pembangunan di kawasan sekitarnya,” katanya.-MY WD