LONDON, 13 Dis – Pampasan…. Sebuah salun membayar pampasan STG90,000 (RM500,231) kerana menyebabkan pembuluh darah di kepala seorang lelaki rosak sehingga diserang strok.

Dave Tyler, 45, seorang bapa dua anak, rebah dua hari selepas menggunting rambut menyebabkannya dirawat di hospital selama tiga bulan.

Seorang perunding perubatan bertanya jika beliau memotong rambut ketika itu.

Tyler mencuci dan memotong rambut di salun Headmasters di bandar kediamannya di Brighton, selatan England, menurut laporan akhbar The Times dan Mail semalam.

Doktor percaya, arteri di kepalanya cedera ketika Tyler membengkok ke belakang dalam sinki untuk mencuci rambutnya, mengakibatkan gumpalan darah mencetuskan serangan strok.

Selepas dirawat, mangsa dilaporkan dirawat selama tiga bulan di hospital dan hanya mampu berjalan menggunakan tongkat selain tidak boleh memandu kerana penglihatannya kabur.

Salun terbabit bersetuju membayar pampasan STG90,000 selepas peguam Tyler mendakwa ia gagal melindungi kepala anak guamnya ketika mengunjungi premis itu pada 2011. – WD MY