BAGAN DATUK, 21 Jan – Tidak Berubah……  Amerika Syarikat yang kini diterajui Presiden Donald Trump tidak akan menjejaskan dasar atau kerjasama berkaitan keselamatan yang dijalin dengan Malaysia.
Bagi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan semua
Perjanjian Persefahaman (MoU) termasuk berkaitan dengan jenayah rentas sempadan
tetap diteruskan.

“Dari segi jangka panjang, walaupun presiden bertukar tapi dasar dan
kerjasama yang dimeterai sebelum ini seperti pencegahan jenayah terus berjalan,”
katanya.

Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata kerjasama keselamatan yang terjalin
antara Washington dengan Kuala Lumpur antara lain Biro Penyiasatan Persekutuan
(FBI) dan agensi perisikan.
“Kita juga ada MoU bagi perpindahan banduan selain program radikalisasi
untuk tahanan yang berkaitan dengan pengganas,” katanya. – WD MY