LONDON, 24 Jan – Tahap Pencemaran….. Datuk Bandar London mengeluarkan amaran pencemaran udara ‘sangat tinggi’ buat pertama kali, manakala bandar lain di seluruh negara turut mengalami tahap pencemaran yang tinggi.

“Keadaan udara bertoksik di London hari ini mencetuskan amaran pencemaran udara ‘sangat tinggi’ di bawah sistem amaran kualiti udara terbaru,” kata Datuk Bandar London, Sadiq Khan dalam tweet semalam.

Pencemaran udara di London juga dikategorikan sebagai ‘hitam,’ tahap paling tinggi seperti yang ditakrifkan oleh pasukan pemantauan udara di King College London.

Pencemaran lalu lintas dan asap daripada pembakaran kayu serta pengumpulan pencemaran dari Eropah dikatakan menjadi punca kenaikan itu yang dijangka berterusan sehingga hari ini.

Datuk Bandar itu menggesa penduduk menggunakan pengangkutan awam dalam usaha mengawal keadaan.

Menurut Airtext yang memantau kualiti udara di London, berikutan tahap pencemaran ‘sangat tinggi,’ orang ramai digesa mengurangkan aktiviti senaman fizikal di luar rumah, terutama jika mengalami batuk atau sakit tekak. – WD MY