Datuk Seri Pukul Anggota Rela Menyerah Diri Akhirnya

0
73

KUALA LUMPUR, 30 Okt – SERAH DIRI….. Lelaki berstatus ‘Datuk Seri’ yang dikehendaki polis selepas didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika sedang bertugas di sebuah tokong dekat Kampung Baru di sini, Jumaat lalu, ditahan pada jam 4 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Katanya, perintah reman terhadap lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Ampang, esok.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, tiga anggota RELA iaitu Melvin Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie,21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing cedera bengkak di mata kiri, selain sakit di beberapa bahagian badan selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.

Mereka mendakwa kejadian berlaku hanya kerana mereka meminta ‘Datuk Seri’ itu untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.

Berikutan kejadian, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang. – WD MY