KUALA LUMPUR MEI 14 – PENGHIBUR…Penghibur tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, mengumumkan bakal keluar dengan sebuah lagu duet yang menggandingkannya dengan Khai Bahar, 24.

“Lagu berkenaan diilhamkan menggunakan melodi yang sama dengan Comel Pipi Merah, cuma liriknya sahaja diubah bagi memenuhi genre muzik yang lebih ke arah ketuhanan.

“Karya ini adalah sebuah lagu zikir yang dimuatkan dengan kalimah selawat, bersempena kehadiran bulan Ramadan dan Syawal,” katanya.

Tambah Siti, proses rakaman telah berlangsung pada 8 Mei lalu dan Cinta Syurga sudah pun boleh didengar di platform media digital.-MY WD