KUALA LUMPUR, 31 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini meraikan Perdana Menteri Britain, David Cameron dalam majlis makan malam.

Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa serta ahli perniagaan dan diplomatik.

Cameron sedang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Malaysia sempena lawatan ke empat negara ASEAN.

Terdahulu mereka mengadakan perbincangn dua hala mengenai pelbagai isu termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan dan pertahanan selain kerjasama dalam rangka kerja Komanwel dan Pertubuhan Bangsa Bersatu di Putrajaya.

Cameron merupakan Perdana Menteri Britain pertama yang melawat Malaysia sebanyak dua kali iaitu kali pertama pada April 2012.

Beliau ke Malaysia dengan disertai Setiausaha Negara bagi Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran, Sajid Javid; Menteri Negara bagi Perdagangan dan Pelaburan, Lord Francis Maude; Menteri bagi Perniagaan Kecil, Industri dan Keusahawanan, Anna Soubry; Menteri Negara bagi Perolehan Pertahanan, Philip Dunne serta 30 anggota delegasi perniagaan. -Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY