KUALA LUMPUR,  8 Feb – Benarkan….Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan Padang Merbok sebagai tempat program Himpunan RUU 355 pada 18 Februari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, berkata DBKL tiada masalah berhubung permohonan pihak penganjur perhimpunan berkenaan untuk menggunakan Padang Merbok sebagai tempat berhimpun dengan mematuhi syarat yang ditetapkan.

Katanya, kebenaran diberikan dengan syarat penganjur mematuhi semua syarat yang sudah ditetapkan.

“Persetujuan itu diberikan kerana Taman Tasik Titiwangsa kini terbabit dengan kerja menaik taraf untuk ‘River of Life’ pakej kedua yang mana sebarang bentuk aktiviti secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dilaporkan penganjur Himpunan RUU 355 memohon kepada DBKL melalui surat bertarikh 20 Januari lalu. – WD MY