KUALA LUMPUR, 2 Julai – Had Tempoh Masa Parkir Kenderaan……. Berkuatkuasa 16 Julai ini, had tempoh masa untuk parkir kenderaan di kawasan seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihadkan kepada maksimum dua jam.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor langkah itu bagi mengelak kesesakan lalu lintas serta untuk menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam di kawasan itu.

Tindakan menarik kenderaan dan saman akan dilakukan kepada pengguna yang ingkar.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan projek menaik taraf terowong di Jalan Tuanku Abdul Halim. – WD MY

LEAVE A REPLY