KUALA LUMPUR, 10 Nov – Memudahkan Orang Ramai…. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah membuka satu laman sesawang untuk memudahkan Bumiputera membeli hartanah di ibu kota.
Sebuah laman sesawang yang dinamakan ‘Portal Kuota Bumiputera Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur’ akan mempamerkan aset-aset Bumiputera yang masih ada dan belum
dijual.
Lebih 2,000 unit aset dijangka akan dipamerkan di dalam laman sesawang itu
yang terdiri daripada perumahan mampu milik, unit-unit komersial seperti lot
perniagaan dan perumahan.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa
melancarkan portal itu, menyatakan harapan agar ia dapat menangkis “tohmahanĀ  pihak-pihak tidak bertanggungjawab bahawa kerajaan tidak mengambil peduli terhadap permasalahan kaum Melayu”.
Orang ramai boleh melayari portal berkenaan bermula hari ini di www.dbkl.gov.my/pkub.
“Kita sentiasa memastikan bahawa keperluan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” katanya. – WD MY