KUALA LUMPUR, 9 Mei – Tipu….. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan tawaran kompaun RM10 bagi satu saman yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp baru-baru ini, sebagai palsu.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporatnya, Khalid Zakaria, berkata DBKL tidak pernah mengeluarkan kenyataan dan promosi sedemikian kepada orang ramai.

“Tawaran RM10 satu saman yang menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp adalah palsu dan didalangi pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Khalid berkata, orang ramai yang ingin menyemak notis kompaun mereka boleh merujuk di laman web DBKL atau menerusi pautan https://appsys.dbkl.gov.my/ezbill/index.asp.

Selain itu, katanya, pengguna boleh berhubung terus dengan pegawai kompaun di kaunter 13, Menara DBKL 1, dekat Jalan Raja Laut untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai saman. – WD MY