DBKL Tegas Bahawa Dataran Merdeka Tidak Dibenarkan Untuk Berhimpun Bersih 5.0

0
575
KUALA LUMPUR, 16 Nov – Tidak Dibenarkan…….  Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tetap dengan pendirian tidak akan membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebagai tempat berhimpun bagi Bersih 5.0.
Beliau berkata sepertimana ditegaskan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
tidak akan memberi kelulusan untuk tujuan tersebut.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan kunci Rumah Mampu
Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) Residensi Rampai, hari ini.
Katanya himpunan berkenaan yang dijadualkan Sabtu ini tidak sepatutnya
berlangsung kerana tiada apa yang perlu ‘dibersihkan’ lagi.
“Saya nasihatkan, tak perlulah buat. Merah ke kuning ke, biru, hijau atau
jingga. Perlu lebih rasional mengapa perlu wujudkan masalah?
“Jika tidak bersih bagaimana ada 80 ahli Parlimen pembangkang yang dapat
kerusi? Jika sistem kotor, bagaimana pembangkang boleh memerintah Selangor,
Pulau Pinang,” katanya. – WD MY