KUALA LUMPUR, 1 Oct- Semua 10 negara anggota ASEAN menegaskan komitmen
untuk bekerjasama lebih rapat dalam memerangi ruang tradisional dan baharu jenayah transnasional.

Deklarasi Kuala Lumpur dalam Memerangi Jenayah Transnasional pada akhir Mesyuarat
Peringkat Menteri ASEAN mengenai Jenayah Transnasional (AMMTC) mereka mengambil
maklum mengenai kemunculan bentuk baru jenayah transnasional, seperti yang dilaporkan
Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah, termasuk isu-isu
yang berhubung kait atau pergerakan luar aturan manusia.

Antara langkah yang diambil melalui deklarasi ialah sidang AMMTC diadakan
setiap tahun bagi perundingan berterusan berikutan perkembangan dan evolusi isu
terbabit yang sangat pantas.

Mereka juga mengesahkan penyeludupan hidupan liar dan balak serta
pemerdagangan manusia sebagai bidang baru jenayah transnasional, menyokong kerja
ke arah meningkatan Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLAT) dalam Perkara
Jenayah, serta sokongan terhadap tugas Mesyuarat Menteri Undang-undang ASEAN
bagi meluaskan kerjasama mengenai isu ekstradisi.

Majlis menandatangani deklarasi disempurnakan oleh para menteri dan ketua delegasi
dari 10 negara dengan Malaysia diwakili Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri kemudiannya menyerahkan
deklarasi kepada Timbalan Setiausaha Agung ASEAN Hirubalan Velupilla Ponnudura
sebagai simbol bahawa anggota ASEAN menerima dokumen berkenaan.

Mereka juga bersetuju mengekalkan peranan utama ASEAN dan kepentingan
serantau dalam rangka kerja dan mekanisme serantau, serta meluaskan ruang
tanggungjawab apabila terdapat keperluan. – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY