WASHINGTON:, 13 Julai -Failkan….. Anggota Kongres Demokrat menjadi pembuat dasar Amerika Syarikat (AS) pertama secara rasmi memfailkan tuntutan penyingkiran Presiden Donald Trump, namun usaha itu kemungkinan dihalang Kongres yang dikawal Republikan.

Anggota Demokrat Brad Sherman dari California meneruskan ugutan dibuatnya bulan lalu untuk menuntut penyingkiran presiden, memfailkan satu resolusi empat muka menyasar ‘menyingkirkan Donald John Trump, Presiden AS, kerana jenayah dan salah laku peringkat tinggi.’

Sherman dalam satu kenyataan berkata, usaha jelas Trump untuk mengetepikan satu siasatan terhadap hubungan kempennya dengan Russia dan satu siasatan terhadap seorang pembantu kanan menyamai halangan kepada undang-undang.

“Pendedahan terbaru oleh Donald Trump Jr menunjukkan kempen Trump menerima bantuan daripada Russia.

“Kini kelihatan kemungkinan presiden ada sesuatu yang mahu disembunyikan apabila beliau cuba menghalang siasatan terhadap Penasihat Keselamatan Nasional Michael Flynn (kini dipecat) dan siasatan meluas Russia.

“Saya percaya, perbualan beliau dan pemecatan berikutnya Pengarah FBI (Biro Siasatan Persekutuan) James Comey, bersamaan menghalang undang-undang daripada ditegakkan,” kata Sherman.

Rumah Putih memberi reaksi tidak senang apabila seorang wartawan bertanya sebagai maklum balas terhadap tindakan Sherman.

“Saya fikir ia sesuatu yang tidak masuk akal dan permainan politik yang teruk,” kata jurucakap Rumah Putih Sarah Huckabee Sanders.

Sherman berkata, usahanya menggunakan bahasa yang sama terhadap artikel penyingkiran pertama dikeluarkan ke atas Richard Nixon, yang meluluskan Jawatankuasa Perundangan Dewan pada 27 Julai 1974. Nixon meletak jawatan sebagai presiden 13 hari selepas itu.

Setakat ini, hanya seorang pembuat dasar Demokrat, Al Green, menandatangani resolusi itu.

Ketika sejumlah anggota Republikan membidas Trump atau melahirkan pelbagai kebimbangan terhadap pelbagai perkara, tiada isyarat daripada Perwakilan atau Senat bahawa pemimpin berkenaan bersiap sedia memulakan proses penyingkiran. – WD MY