NEW YORK, 15 April – Demostrasi Tuduh Trump Rasis…..Warga Amerika Syarikat dan penduduk berkumpul menunjukkan perasaan terhadap calon Donald Trump di luar hotel Manhattan yang menjadi hos majlis mewah yang dihadiri calon presiden Republikan itu dan pencabarnya.

Orang ramai menjulang poster membandingkan hartawan itu dengan Adolf Hitler dan menuduh beliau bersikap perkauman dan antipendatang di tengah kehadiran ramai anggota polis.

“Tiada Trump, tiada rasis, pendatang dialu-alukan di sini!” jerit orang ramai.

“Landasan Republikan adalah benci dan ketakutan. Ia semua sama: Takutkan mereka di sana,” kata Jason Hurd, bekas anggota tentera yang mengasaskan pergerakan Veteran Iraq Menentang Peperangan.

Hurd berkata, beliau datang bersama sekumpulan bekas anggota tentera bagi membantah Trump atas nama veteran.

Perhimpunan aman itu bersurai tanpa kejadian tidak diingini walaupun penunjuk perasaan mempersendakan wartawan televisyen Fox News. – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY