COPENHAGEN, 8 Mei – PILIHANRAYA…. Perdana Menteri Denmark, Lars Lokke Rasmussen hari ini menetapkan tarikh pilihan raya negara itu pada 5 Jun ini, dengan tinjauan pendapat menunjukkan blok pembangkang sayap kiri bakal menyingkirkan pimpinan pakatan tengah-kanan miliknya.

Rasmussen, yang mana kerajaan minoriti pimpinannya bergantung kepada sokongan tidak rasmi dalam Parlimen daripada nasionalis Parti Rakyat Denmark, meluluskan beberapa siri undang-undang mengetatkan permohonan suaka dan imigresen.

“Saya mahu menggunakan semua kekuatan, keupayaan dan pengalaman saya untuk terus mengetuai Denmark. Saya meminta rakyat memilih saya semula dalam pilihan raya perundangan diadakan 5 Jun ini,” kata Rasmussen di Parlimen.

Penggal pemerintahan empat tahunnya berakhir 17 Jun dan beliau perlu mengadakan pilihan raya perundangan sebelum itu.

Tinjauan pendapat terbaharu menunjukkan blok pembangkang sayap kiri, diketuai Sosial Demokrat, bakal memenangi 54 peratus undian berbanding 46 peratus Rasmussen dan blok sayap kanannya. – WD  MY