PARIS, 8 Jan – Seorang lelaki yang ditembak mati di sebuah balai polis di sini, hari ini membawa telefon bimbit dan sekeping kertas memaparkan bendera IS dan tulisan mendakwa bertanggungjawab dalam bahasa Arab, kata pendakwa raya dalam satu kenyataan.

Menurut Pendakwa raya Francois Molins, sebuah telefon bimbit dan kepingan kertas memaparkan bendera IS serta pengakuan dalam bahasa Arab ditemui pada individu terbabit.

“Sebuah telefon bimbit dan kepingan kertas, di mana ada lambang bendera Daesh (IS) dan tulisan dalam bahasa Arab mengaku bertanggungjawab, ditemui pada individu itu,” katanya.

Molins berkata, situasi itu akan disiasat sebagai insiden keganasan. -Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY