KUALA LUMPUR, 12 Jan – Nafi…. Menafikan dakwaan suaminya, Datuk Farid Kamil Zahari, yang ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam, murung kerana dihalang berjumpa dua anak mereka.

Datin Diana Danielle memberitahu tidak pernah mengeluarkan arahan melarang Farid mendekati anak mereka.

“Disebabkan saya bekerja, saya tinggalkan dua anak saya di bawah jagaan ibu.

“Rumah ibu hanya setingkat bawah rumah saya iaitu di kondominium yang sama. Dia boleh berjumpa anak-anak dengan mudah kalau dia mahu,” katanya. – WD MY