PUTRAJAYA, 6 April – Bebas…. Lima ahli perniagaan yang ditahan reman tujuh hari bermula 31 Mac lalu bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana dan pemalsuan dokumen sokongan untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan MARA bernilai RM2.5 juta, dibebaskan hari ini.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan kelima-lima lelaki itu dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui seorang penjamin selepas suruhanjaya itu melengkapkan siasatan terhadap mereka. 

Terdahulu, kelima-lima ahli perniagaan terbabit tiba di mahkamah di sini secara berasingan menaiki tiga kereta kira-kira jam 10 pagi. Mereka yang berusia antara 38 hingga 48 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang pada 30 Mac lalu.- Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY