KUALA LUMPUR, 25 Okt – Diskaun….. Tawaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) yang membuat bayaran tol secara elektronik bakal menikmati diskaun 10 peratus sempena Deepavali.

Menurut kenyataan Anih Berhad hari ini, diskaun itu ditawarkan selama 24 jam bermula 12.01 pagi Sabtu (29 Oktober).

Syarikat pemegang konsensi lebuh raya itu juga mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan (TTA) untuk membantu pengguna menikmati perjalanan yang selesa di KLK dan LPT1 pada waktu puncak ketika Deepavali.

Ia antara lain menyarankan pengguna dari Lembah Klang yang menuju ke Pahang pada Jumaat ini untuk memasuki KLK dan LPT1 antara 1 tengah hari dan 4 petang atau antara 7 malam dan 11 malam.

Pengguna yang menuju ke Terengganu dan Kelantan pula dinasihatkan memasuki lebuh raya antara 6 pagi dan 11 pagi atau 5 petang hingga 8 malam.

Pengguna dari Pahang yang ingin kembali ke ibu kota bermula Ahad (30 Okt) dinasihat memasuki lebuh raya antara 6 pagi dan 10 pagi atau 7 malam hingga 11 malam.

Pengguna dari Terengganu pula disarankan memasuki lebuh raya antara 8 pagi hingga 11 pagi atau 8 malam hingga 10 malam, sementara pengguna dari Kelantan disaran berbuat demikian bermula 6 petang. – WD MY