IPOH, 27 Julai – Mengaku Salah….. Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM10,000 atau penjara enam tahun jika gagal membayar denda terhadap dua pengamal perubatan selepas mereka menukar pengakuan kepada bersalah kerana melakukan pemalsuan dokumen.

Hakim S Indra Nehru membuat keputusan itu dalam prosiding yang dilakukan secara tertutup.

Mereka sebelum ini minta dibicarakan selepas dihadapkan ke mahkamah pada 5 Januari lalu.
.
Kesalahan didakwa dilakukan pada 7 Mac 2013 bagi menyokong tuntutan beberapa individu ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memperbaharui lesen kelas D mereka.

Chye Thuang didakwa melakukan perbuatan itu bagi penama Mohd Firdaues Azizan di Klinik Phuah, No 98 Jalan Takong Datoh, Gerik, manakala Hon Pin, bagi penama S Suppiah Thevar di Klinik Simee, 506 Lebuhraya 3, Kampung Simee, di sini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Nurul Wahida Jalaluddin. Chye Thuang diwakili peguam N Sakthivel mananakala Hon Pin diwakili peguam, Meor Shaazizi Meor Shaari. – WD MY

LEAVE A REPLY