WASHINGTON, 11 April – Kalau Donald Trump Jadi Presiden Amerika Syarikat…….Akhbar Boston Globe menyiarkan contoh muka depan penerbitan itu jika calon presiden Republikan, Donald Trump, menang pada pilihan raya, dan mengutuk wawasannya yang “amat membimbangkan” dan “tidak berunsurkan Amerika.”

“Pengusiran bermula, Presiden Trump gesa kastam dan imigresen ditingkatkan tiga kali ganda; rusuhan berterusan,” menurut muka depan olok-olok The Boston Globe, bertarikh 10 April 2017.

Ia disiarkan di ruangan editorial, diiringi artikel bernada keras menyatakan kempen Trump “menuntut pembangkang yang dan aktif”.

Muka depan olok-olok itu disiarkan tiga bulan sebelum Konvensyen Kebangsaan Republikan mengesahkan pencalonan parti itu, dengan spekulasi semakin memuncak berhubung apa yang mungkin dilakukan Trump jika beliau menang pilihan raya.

Muka surat itu turut menyiarkan beberapa artikel, termasuk satu mengenai tentera Amerika yang enggan menurut arahan membunuh anggota keluarga militan IS, satu lagi mengenai Kongres yang dikuasai Republikan meluluskan undang-undang fitnah menyasarkan “mereka yang tak berguna” dalam media.

Artikel berasingan memperincikan bagaimana Trump mencetuskan krisis diplomatik dengan China selepas menamakan anjing, Shar-Pei, sempena nama Wanita Pertama China, Peng Liyuan.

“Saya tidak tahu mengapa beliau tersinggung, saya suka anak anjing comel dan saya cintakan wanita!

“Saya tidak tweet gambar anjing baka Rottweiler bernama Merkel (sempena Canselor Jerman, Angela Merkel),” beliau dipetik kononnya sebagai berkata.

Nota pengarang di bahagian bawah muka surat memberi amaran kepada pembaca: “Apa yang anda baca pada muka surat ini adalah apa yang mungkin berlaku jika Trump mengotakan kata-katanya.” – Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY