Calon PKR Tun Dr Mahathir Mohamad semasa berkempen di Parlimen Langkawi berjanji untuk hapus aplikasi e-hailing sekiranya Pakatan Harapan tawan Putrajaya.

Setelah tersenarai sebagai calon tertua, di dalam sesi dialog beliau bersama masyarakat India yang dianjurkan Hindraf, Dr Mahathir berkata “masalah Grab ini bukan hanya Langkawi tapi seluruh Malaysia.

“Grab merugikan pemandu teksi biasa, perkara ini akan dikaji supaya servis teksi yang adil kepada semua pihak.

“Perkara ini akan kita lakukan apabila kita ambil alih kerajaan nanti.”

Kenyataan tersebut dilihat akan menjejaskan pendapatan kira-kira 300,000 pemandu e-hailing seluruh Negara.

Netizen di laman media social Facebook sudah mula mempersoal tindakan Dr Mahathir.

Dhanyaraam Chinathamby menulis “ Tun Mahathir berjanji akan hapuskan e-hailing Grab semalam. Ini bermakna lebih dari setengah juta rakyat akan kehilang kerja separuh-masa/sepenuh masa mereka. Inikah yang dimaksudkan dengan progresif?”

Ahmad Fansuri Mohd Nasir menulis “aduyai abg-abg, kakak-kakak pemandu grab. Camna nak tambah pendapatan ni? Punyalah baik Kerajaan BN benarkan kenderaan sendiri dijadikan E-Hailing untuk janakan pendapatan sampingan, datang calon 93 tahun cadangkan hapuskan grab!”

Saiful Bahari Baharom menulis “Memanglah Tun M nak mansuhkan Grab. Nanti datang baliklah sistem perlesenan teksi di mana lesen-lesen teksi di agihkan beribu-ribu kepada kroni-kroni dia.”-MY WD