PETALING JAYA, 11 MAC – UMUM…. Pakatan Harapan (PH) kekal mencalonkan Dr S Streram di PRK DUN Rantau.

Perkara itu diumumkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, hari ini.

Streram yang merupakan timbalan ketua cabang PKR Rembau sepatutnya bertanding di situ pada PRU ke-14, tetapi dihalang menghantar borang pencalonan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia menyebabkan pemangku presiden Umno Mohamad Hassan menang tanpa bertanding.

Mahkamah Khas Pilihan Raya kemudian mengisytiharkan kemenangan itu tidak sah dan terbatal, serta mengarahkan pilihan raya semula diadakan.

SPR mengumumkan penamaan calon bagi PRK itu pada 30 Mac manakala hari mengundi pada 13 April ini. – WD MY