KUALA SELANGOR, 13 Sept – Maut…. Dua anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor terbunuh selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di persimpangan lampu isyarat berhampiran Bukit Melawati, pagi tadi.

Mangsa, Amir Hamzah Saharudin, meninggal dunia ketika dikejarkan Hospital Sungai Buloh (HSB), manakala Mohd Firdaus Mohd Nazri, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tanjong Karang (HTK).

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata dua lagi anggota, iaitu pemandu dan penumpang belakang kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Bomba dan Penyelamat itu cedera serta dirawat di HTK.

Mereka adalah Abdul Aziz Abdullah dan Syazwan Hafifi Jamal.

Katanya, ketika kejadian pada jam 6.35 pagi, keempat-empat anggota bomba berkenaan sedang dalam perjalanan untuk menjemput Ketua BBP Kuala Selangor sebelum ke BBP KLIA untuk menyertai program korban yang diadakan di situ.

“Ketika melintasi persimpangan lampu isyarat di pekan Kuala Selangor, kenderaan itu dirempuh sebuah lori tangki yang menghala ke arah Tanjong Karang,” katanya. – WD MY

LEAVE A REPLY