SINGAPURA, 11 Sept – Lebih dua juta rakyat Singapura telah keluar mengundi dalam
Pilihan Raya Umum ke13 dengan pengundian berlangsung dari 8 pagi hingga 8 malam hari ini,
menurut Jabatan Pilihan Raya Singapura (ELD).

Untuk pertama kali dalam pilihan raya ini, ELD akan mengumumkan keputusan
kiraan sampel apabila pengiraan undi bermula.

Ini akan membolehkan orang ramai mendapat petunjuk awal keputusan di
kebanyakan kawasan pilihan raya.

Kiraan sampel akan dijalankan di permulaan proses pengiraan undi di setiap
daripada 163 pusat pengiraan undi di seluruh republik tersebut.

Kiraan sampel yang pertama adalah dijangka kurang satu jam sebelum
pengundian ditutup.

Sebanyak 2.46 juta rakyat di republik itu layak mengundi pada pilihan raya
umum yang pertama yang menyaksikan setiap kerusi tunggal dipertandingkan sejak
meredeka pada 1965.

Perdana Menteri dan Setiausaha Agung Parti Tindakan rakyat (PAP) Lee Hsien
Loong dan isteri, Ho Ching, mengundi di Sekolah Rendah Alexandra di Tanjong
Pagar.

Tanjong Pagar, kubu kuat PAP semasa era pemerintahan perdana menteri
pengasas Singapura Lee Kuan Yew, yang meninggal dunia pada Mac tahun ini,
sekarang dipertandingkan.

Sebanyak 4,868 warga Singapura di luar negara juga layak mengundi.-Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY