KUALA LUMPUR, 20 Sept – Polis hari ini sedang mencari dua lagi lelaki bagi
membantu siasatan kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan,
Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata
mereka ialah M. Vishwanath, 24; dan R. Dinishwaran, 22.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki itu boleh
menghubungi mana-mana balai polis atau pegawai penyiasat di talian 012-3482737,”
katanya ketika dihubungi.

Tujuh individu ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes itu.

Mayat Morais, 55, ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang
Mewah, Subang Jaya, dekat sini Rabu lepas. -Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY