Dua Maut Kenderaan Pacuan 4WD Masuk Gaung

0
1332

TAWAU, 20 Feb – Maut…… Seorang anggota tentera dan seorang wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik lalu terhumban ke dalam gaung di Kilometer 7 Jalan Merotai-Dumpas, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.20 malam itu, Yusop Yaris, 44, dari Markas Angkatan Bersama (ATB) Kem Kukusan, di sini, maut di tempat kejadian manakala penumpang bahagian belakang, Morni Sirat, 57, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata kenderaan terbabit dipercayai dalam perjalanan menghala ke bandar Tawau dengan membawa lima penumpang termasuk seorang budak berusia tiga tahun.

“Siasatan awal mendapati pacuan empat roda berkenaan hilang kawalan sebaik tiba di lokasi menyebabkannya terbabas ke sebelah kanan jalan lalu terbalik sebelum jatuh ke dalam gaung.

“Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa tercampak daripada kenderaan, manakala empat lagi tidak mengalami sebarang kecederaan, ” katanya. – WD MY