LONDON, 13 MAC – SALJI… Dua pendaki maut manakala dua lagi cedera dalam insiden runtuhan salji di pergunungan tertinggi, Ben Nevis di Britain, semalam.

Awalnya, polis berkata tiga orang maut dalam insiden itu.

“Kami dukacitanya mengesahkan bahawa dua pendaki maut dan dua lagi cedera,” kata polis Scotland.

Polis berkata pihaknya dimaklumkan mengenai runtuhan terbabit kira-kira jam 11.50 pagi waktu tempatan dan penyelamat gunung dan pekerja kecemasan dihantar ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Perkhidmatan Ambulans Scotland berkata semalam, pihaknya menghantar sebuah helikopter ambulans, tiga kenderaan ambulans dan pasukan trauma ke puncak pergunungan.

Disember lepas, seorang pendaki Britain berusia dan seorang wanita Jerman masing-masing berusia 21 maut apabila terjatuh dari rabung gunung. – WD MY