BAITULMAQDIS, 29 APRIL – CEDERA…. Dua rakyat Israel antara yang cedera semasa serangan minggu ini di kuil Yahudi di California yang membunuh seorang dan tiga yang lain.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengutuk serangan di rumah ibadat itu sebagai ‘mengerikan’ dan menggelarnya ia ‘satu serangan terhadap orang Yahudi’.

Jurucakap Kementerian Luar Israel berkata, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dan lelaki berusia 31 tahun antara yang cedera dalam serangan di Poway, utara San Diego, semalam.

“Mereka berpindah dari Sderot ke San Diego sejak beberapa tahun lalu,” kata Emmanuel Nahshon sambil menambah mereka dalam keadaan baik.

Sementara itu, Sheriff Daerah San Diego, Bill Gore berkata, pihaknya sudah mengenalpasti suspek yang ditahan selepas melarikan dari tempat kejadian sebagai John Earnest, 19, dan dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau. – WD MY